Takrif Zakat Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)
Apa-apa hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa upah, gaji, hadiah, bonus, elaun, honorarium, pampasan, pencen dan lain-lain bentuk pulangan semasa hidup, bersara atau mati atau dan pendapatan berdasarkan kerjaya profesional dengan syarat bukan disebabkan pelaburan atau perniagaan.
Zakat Pendapatan di Malaysia
Merujuk kepada sumber zakat baru yang diperkenalkan secara meluas oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi (Fiqh al-Zakat Dirasah Muqaranah li-Ahkamila wa Falsafah fi Daw al-Quran wa al-Sunnah).
Berputik di Malaysia pada1970-an yang dipelopori oleh Dr Abdul Rashid Hj Dail (pensyarah kanan di Jabatan Syariah, Fakulti Pengajian Islam, UKM).
Negeri yang mengamalkan zakat al-Mal al-Mustafad : Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Perlis, Wilayah Persekutuan dan Kelantan.
Harta yang Diklasifikasi Dalam Konsep al-Mal al-Mustafad
Gaji
Pendapatan bebas dan pendapatan ahli professional
Perniagaan bermusim
Pendapatan pindahan
Lain-lain
Tanggapan Terhadap Zakat Pendapatan (al-Mal al-Mustafad)
Pendapat berkenaan hukum atau pelaksanaan zakat al-Mal al-Mustafad :
Golongan yang bertegas bahawa zakat al-Mal al-Mustafad tidak ada dalil tetapi orang yang berkemampuan digalakkan menyumbang kepada individu atau institusi. Ia dianggap sebagai sumbangan bukan zakat.
Di wajibkan zakat al-Mal al-Mustafad, berasaskan hujah maslahah.
Di wajibkan zakat al-Mal al-Mustafad, berasaskan nas al-Quran, al-hadith dan ijtihad.
Dalil Zakat al-Mal al-Mustafad
Dalil al-Quran :
Surah al-Baqarah, ayat 267.
Surah al-Taubah, ayat 103.
Surah al-Taubah, ayat 34.
Dalil al-Hadith :
Hadith riwayat Aisyah puteri Qudamah b Maz`un
Haul Zakat al-Mal al-Mustafad Dikira
Yusuf al-Qaradhawi : Tidak ada haul dalam zakat al-Mal al-Mustafad
Hujjah :
Pensyaratan haul dalam zakat tidak berasaskan nas yang sahih.
Nas-nas yang mewajibkan zakat dalam al-Quran dan al-Sunnah bersifat umum dan mutlak dan tidak mengandungi syarat haul di dalamnya.
Zakat al-Mal al-Mustafad diqiaskan dengan zakat pertanian yang tidak mempunyai haul.
Pensyaratan haul dalam mewajibkan zakat al-Mal al-Mustafad jelas sekali bertentangan dengan konsep keadilan Islam.
Nisab Zakat al-Mal al-Mustafad
Muhamad al-Ghazzali al-Saqa: Nisab zakat pendapatan sama dengan nisab zakat pertanian. Ini bererti zakat akan dipungut daripada pendapatan setahun yang sama dengan harga 400 gantang padi, iaitu selepas ditolak segala perbelanjaan.
Yusuf al-Qaradhawi : Nisab zakat pendapatan sama dengan nisab zakat emas dan . Ini bererti zakat akan dipungut daripada pendapatan setahun yang sama dengan harga 20 mithqal atau 85 gram emas, iaitu selepas ditolak segala perbelanjaan.
Cara Nisab Zakat al-Mal al-Mustafad Dikira
Kaedah Pertama :
Nisab perlu dikira berasaskan jumlah pada setiap kali pendapatan berkenaan diterima.
Gaji : RM 4 500
KWSP : RM 200
Hutang Rumah : RM 200
Hutang Kereta : RM 400
Anak : RM 1 000
Isteri : RM 500
Gaji Bersih : RM2 200
2.5 % X RM2200 : RM 55
Kaedah Kedua :
Nisab perlu dikira berasaskan pendapatan setahun.
Gaji : RM 4 500
KWSP : RM 200
Hutang Rumah : RM 200
Hutang Kereta : RM 400
Anak : RM 1 000
Isteri : RM 500
Gaji Bersih : RM 2 200
RM2200 X 12Bulan : RM 26,400
2.5 % X RM26 400 : RM 660
2.5% mengikut kadar zakat emas.
Dalam isu-isu pemilikan harta yang ingin kita bincangkan disini adalah mengenai pemilikan yang diikhtilafkan kewajiban zakat keatasnya. Ini berlaku kerana perbezaan corak pemilikan harta di
Maka dengan berasaskan kepada perubahan ini dan hakikat sejarah perkembangan hukum Islam, apa yang disebut sebagai hukum itu,seperti kewajipan zakat atas harta tertentu, biasanya bukan sahaja yang terbina atas dasar nas syarak, tetapi juga dipengaruhi oleh nilai keintelektualan yang ada pada mujtahid yang menentukan hukum itu, nilai-nilai semasa, realiti hidup serta budaya setempat dan semasa dan sebagainya.
Harta atau “Mal” bererti apa sahaja yang dimiliki dan memberi manfaat. Tetapi dalam permasalahan zakat harta yang digunapakai ialah harta yang dimiliki dan boleh disimpan sebagai tujuan keperluan. Ianya mestilah dalam bentuk benda.
Harta Yang Tidak Disepakati
1) Pemilikan yang tidak jelas
Pemilikan disini bermaksud hak monopoli yang diperoleh atas harta berkenaan dan berada di tangan tuan punya berkenaan, boleh diurus mengikut sesuka hati dan segala faedah dikembalikan kepada pemiliknya.
Isu yang timbul disini adalah berkenaan pemilikan harta seperti Petronas kerana ianya melibatkan atas harta awam yang tidak diwajibkan zakat keatasnya. Ianya menjadi persoalan samada syarikat Petronas dimiliki oleh individu atau kerajaan.
Isu yang timbul juga adalah melibatkan simpanan KWSP. Pada hakikatnya wang tersebut kepunyaan pekerja berkenaan. Tetapi ia tidak berada dalam kuasa pekerja berkenaan sampai boleh diuruskan dengan kehendak hatinya. Walaubagaimanapun konsep KWSP ini boleh diqiyaskan dengan “hutang yang akan dibayar”. Ini bermakna jika hutang itu telah sampai tempoh untuk dilunaskan dan pemberi hutang mampu mengambilnya daripada orang yang berhutang yang sudah mampu melunaskannya, maka wajib keatas pemberi hutang mengeluarkan zakatnya sebaik sahaja tiba masa wajibnya, walaupun dia belum memperolehi bayaran hutangnya.
2 ) Perolehan, Pendapatan Bebas Dan Profesional
Ianya bermaksud semua pendapatan yang diperolehi daripada kegiatan ekonomi yang diterima dalam bentuk wang secara langsung seperti bon, saham dan usaha pendapatan bebas serta pendapatan bukan daripada kegiatan ekonomi seperti mas kahwin dan hadiah. Oleh kerana ia bersifat wang, maka pemilik boleh dikenakan zakat berdasarkan sifatnya sebagai orang kaya yang memiliki wang. Maka ianya dizakatkan berdasarkan illah kekayaan. Zakat upah kerja atau gaji juga tidak ada bezanya dengan jerih petani. Firman Allah s.w.t. :
Maksudnya : “Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik....
3) Zakat Bangunan
Persoalan ini tidak pernah dibincangkan dahulu. Ianya mula muncul pada zaman sekarang kerana ianya sudah menjadi suatu perolehan yang lumayan. Contohnya seperti perolehan hasil daripada sewaan dewan, premis perniagaan, hotel dan sebagainya. Mereka meetapkan zakatnya sama seperti zakat tanaman. Kerana tanah tidak dikenakan zakat, tetapi hasil tanaman yang dikenakan zakat.
Menurut Wahbah az-Zuhaily, beliau memandang bahawa zakat untuk harta kekayaan seperti itu (sewa bangunan) perlu dikeluarkan kerana adanya sifat (illat) yang sama, iaitu pertumbuhan dan pertambahan pada harta kekayaan tersebut. Hukuman selalu dikenakan atas sesuatu yang memiliki illat yang sama.
Tidak diwajibkan zakat pada bangunan yang didiami, kilang, kapal dan seumpamanya, tetapi zakat diwajibkan pada hasil keuntungannya apabila cukup nisab dan genap haulnya. Resolusi ini bersesuaian dengan pendapat yang diriwayatkan daripada Imam Ahmad di mana beliau berpendapat bahawa bangunan yang digunakan ini dikeluarkan zakat daripada hasil dan perolehannya. Sebahagian ulama’ Maliki berpendapat bahawa zakat ke atas faedah (sewa) barang yang digunakan hendaklah dikeluarkan ketika penerimaan faedah itu.
4 ) Hasil Tanaman
Ianya terbahagi kepada 2 bahagian. Pertama hasil tanaman tahan lama seperti pokok kopi, koko,bawang, kunyit, halia dan sebagainya. Manakala hasil tanaman tak tahan lama seperti kelapa sawit, getah dan sebagainya. Walaupun terdapat banyak khilaf dalam permaslahan ini, namun adalah kurang sesuai dengan objektif syariat Islam jikalau para penanam padi dikenakan zakat sedangkan pengusaha estet getah, kelapa sawit dan sebagainya dilepaskan.
5 ) Hasil Ternakan
Terdapat perbezaan pendapat mengenai ternakan selain dari al-An’aam yang dipelihara melalui pembiakan bagi tujuan keuntungan wajib dikenakan zakat. Masalah ini timbul dengan realiti kini seperti rusa yang diusahakan secara komersil bagi tujuan penjualan daging.
Begitu juga zakat penghasilan daripada binatang seperti zakat madu lebah. Maka sebahagian fuqaha mengqiyaskan telur ayam, ulat sutera dengan madu kerana kedua-duanya keluar dari dari binatang. Menurut al-Qaradhawi apa sahaja harta yang tidak diwajibkan zakat atas dirinya, diwajibkan zakat atas penghasilannya, iaitu tanaman, kerana bumi tidak dikenakan zakat, begitu juga madu kerana lebah tidak dikenakan zakat termasuklah telur ayam, sutera yang dikeluarkan ulat sutera dan sebagainya. Hujah ini merupakan qiyas yang tepat.
6 ) Hasil galian
. Menurut Abu Hanifah ianya mestilah bersifat sesuatu yang dapat dilebur. Manakala menurut mazhab Maliki dan Syafi’e, zakat galian hanyalah kepada emas dan perak. Namun, masih terdapat ruang yang luas jika kita mengguna pakai pendapat Mazhab Ahmad dengan berpendapat tidak ada sesuatu yang membezakan antara cecair dan pepejal juga yang boleh dilentur atau tidak. Contohnya seperti penghasilan minyak seperti yang diusahakan oleh Petronas. Mahupun seperti timah, besi, tembaga, zamrud permata berlian, minyak dan dan lain-lain.
KESIMPULAN
Hari ini...
Arkib Artikel
Profil Penulis
- WaN_IkRaM
- Md Azzaat Ahsanie Lokman... Berasal dari Kelantan Darul Naim...Dilahirkan di Melaka akan tetapi menetap di Segamat, Johor...Anak sulung dari 4 orang adik beradik ini masih menuntut di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, di dalam bidang Syariah Fiqh & Usul, tahap terakhir (tahun 3).
Renungan Bersama :
Rasulullah SAW bersabda :
"Takutkanlah ghibah (mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat) sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya”
Detik Waktu
Pelawat Bertandang
Sembang - Borak
Rakan Dan Taulan
Kategori Artikel
- Fiqh Jenayat
- Fiqh Zakat
- Ramadhan
- Syariah Umum
- Umum
- Usul Fiqh