Dengan tujuan untuk menyemarakkan ISLAMOPHOBIA dikalangan penonton, filem ini cuba menunjukkan doktrin ajaran Islam (berdasarkan fahaman yang cuba diputarbelitkan oleh filem berkenaan daripada ajaran Islam yang sebenar) iaitu tujuan dan maksud hidup apabila sudah memeluk agama Islam.
Beberapa perkara yang ingin ditonjolkan di dalam filem tersebut tentang Islam iaitu :
1) Agama Islam merupakan agama Terrorisme, yang sentiasa mencari jalan untuk membunuh manusia yang beragama selain Islam. Sanggup mati walau diberi peluang untuk hidup. Umat Islam pula umat yang sentiasa menginginkan pengeboman, pembunuhan dan sebagainya.
2) Cuba memberi peringatan kepada NON MUSLIM bahawa sesiapa yang memeluk agama Islam, mereka akan mengerti satu tujuan dalam hidup iaitu dengan menolong membunuh dan mengebom manusia. Berani mati pula seolah-olah merupakan ajaran utama di dalam Islam.
maksudnya filem ini cuba menyebarluaskan salahfaham terhadap agama Islam kepada mereka yang ingin memeluk agama Islam, yang tidak mengenali agama Islam, dan yang baru cuba mengenali dan mempelajari Islam dan sebagainya lagi. Dan Penulis boleh mengatakan dengan pasti bahawa inilah tujuan sebenar filem ini.
Penulis tidak pasti mengapa filem ini tidak diharamkan kerana ianya jelas menghina Islam. Diselitkan dengan berbagai-bagai aksi yang begitu hebat, filem ini cuba menarik perhatian penonton untuk menonton aksi-aksi nya itu, namun samada secara langsung atau tidak langsung, mengajak penonton untuk "mempelajari" apakah Islam (dalam kacamata Barat).
Tidakkah kita sedar bahawa tatkala kita mengharapkan sesuatu yg dipanggil cinta hadir di dalam hidup kita, sebenarnya cinta itu telah pun kita dapatkan..
Tidakkah kita sedar bahawa ketika kita sunyi dan menginginkan teman, kita sudah pun ditemani...
Tatkala tiada siapa disekeliling kita, tiada siapa pedulikan kita, Dia tetap setia bersama kita..
Bahkan tatkala kita melupakanNya, Dia sentiasa mengingati kita, Dalam keadaan kita tidak sedar dan lupa dan tidak mengendahkanNya, Dia masih lagi memberikan pemberian dan nikmatNya kepada kita..maka katakan lah wahai manusia, siapa yang kamu cintai? Dan siapa sebenarnya yang amat2 mencintaimu? Manusia atau Penciptamu...?
"barangsiapa yg tidak mengikuti sunnahku, maka dia bkn dari kalangan ku dan antara sunnahku ialah berkahwin"..kata nabi.
Cinta Allah itu merupakan tujuan dan matlamat utama manusia, tatkala Ibrahim diperintahkan utk menyembelih Ismail, mengapa dengan rela hati mereka berdua redha? Ianya adalah untuk menunjukkan bahawa Allah itu yg pertama untuk dicintai dan diagungkan.
Adakah Allah kata jgn cintakan anakmu wahai ibrahim, hanya aku yang kau patut cintai? Tidak, bukan itu yang Allah suruh, tetapi martabat cinta kepada manusia itu tidak boleh melebihi cinta kepada Allah dan rasulnya, inilah ruh kisah ini.
Tetapi persoalan yang utama ialah:
1. Di mana cinta kita letakkan?
2. Siapa cinta kita yang paling utama sekali?
3. Apa yang sudah kita lakukan untuk cinta kita?
Bagi persoalan pertama, Islam tidak melarang kita utk bercinta sesama makhluk kerana itu adalah fitrah manusia yang dijadikan Allah sejak Adam dan Hawa lagi. Jika langsung tiada cinta kepada manusia, hanya kepada Allah semata-mata, maka kita sudah melampaui batas dan Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas.
Bagi persoalan kedua, ramai yang masih ragu, keliru dan buntu mencari-cari siapa yang mereka cintakan, siapa yang sebenarnya menyintai mereka. Tetapi jika kita bukakan ekspedisi cinta kepada mereka, barulah mereka sedar hakikat sebenar siapa yang sepatutnya dicintai dan siapa yang menyintai mereka seluruh kehidupan mereka.
Bagi persoalan ketiga pula, setelah kita menyedari hakikat cinta yang sebenar, sudah pasti tidak akan terjadi kes bunuh diri, membunuh orang lain, kecewa berpanjangan, putus asa pada hidup hanya semata-mata tidak mendapatkan cinta manusia. Malah manusia pasti akan mencari jalan sebenar untuk mencapai cinta dan akhirnya menjadi seorang yang tidak takut kepada mati, kerana Mati Adalah Syarat Bertemu Cinta. Maka apa yang akan dilakukan oleh manusia? Sudah tentu cara yang diredhai Allah.
Hidup ini pasti indah jika disulami cinta. Jika cinta dan pertemuan sesama manusia dan makhluk itu adalah antara nikmat yang terindah di atas bumi ini, bayangkan betapa nikmatnya bertemu dan berjumpa dengan Pencipta nikmat cinta itu sendiri.
Renung-renungkanlah kehidupan cinta kita sekarang...
Bagi menyelesaikan jalan buntu atau untuk membuat suatu pilihan atau keputusan dalam segala urusan kehidupan, maka umat Islam disuruh mengerjakan solat sunat Istikharah. la boleh dikerjakan dua rakaat atau sehingga dua belas rakaat (enam salam). Waktunya siang atau malam. Sebaik-baiknya dikerjakan pada waktu sebelum tidur malam. Insya-Allah Tuhan akan menggerakkan hati anda dan memberi petunjuk untuk membuat sesuatu keputusan atau penentuan yang betul.
Terdapat beberapa hadis Rasulullah s.a.w.. yang menggalakkan solat Istikharah. Di antaranya ialah Rasulullah s.a.w. bersabda: yang bermaksud "Di antara kebahagiaan anak Adam ialah Solat Istikharah (minta pilih) daripada Allah Taala dalam segala urusannya dan di antaranya kecelakaan anak Adam ialah meninggalkan solat Istikharah daripada Allah pada segala urusannya."
Lafaz dan niatnya adalah seperti berikut:
أصلي سنة الإستخارة ركعتين لله تعالى
Sahaja aku solat Sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
Kaedah 1
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca ayat Al-Kursi (7 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca Surah Al-Ikhlas (11 kali). Dalam sujud yang terakhir, baca tasbih/doa berikut sebanyak 40 kali:
سبحانك لا علم لنا الا ما علّمتنا إنك أنت العليم الحكيم
Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah S. W.T. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:
Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dari-Mu, dengan ilmu-Mu, aku minta kekuatan dariMu dengan kekuatan-Mu. Aku meminta dari-Mu dari kelebihan-Mu yang banyak, maka sesungguhnya Engkau berkuasa, aku tidak berkuasa, Engkau mengetahui dan Engkaulah yang paling mengetahui perkara-perkara ghaib. Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa perkara ini baik untukku pada agamaku, duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka tentukannya untukku dan permudahkannya kepadaku, jika kamu mengetahui bahawa perkara ini tidak baik untukku pada agamaku dan duniaku dan kesudahan urusanku buat masa kini dan masa akan datang maka elakkannya dariku dan elakkan diriku daripadanya, tentukanlah kebaikan untukku di mana sahaja aku berada sesungguhnya Engkau berkuasa di atas segala sesuatu."
(HR At-Tirmizi dan Bukhari)
Kaedah 2 (yang lebih ringkas)
Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang pertama, baca Surah Al-Kafiruun (1 kali). Selepas membaca Al-Fatihah pada rakaat yang kedua, baca 1 Surah Al-Ikhlas (1 kali). Selepas selesai memberi salam, bacalah doa seperti dalam Kaedah 1 di atas.
Sekali Kita Memberi, Terus Lupakan
Tetapi
Sekali Orang Memberi, Ingatlah Sampai Bila-Bila
Jangan pula Kita Amalkan Seperti Kata-Kata ini...
Sekali kita Memberi, Ingat Lah Sampai Bila-Bila
Tapi
Sekali Orang Memberi, Terus Lupakan
Nisfu Syaaban bermaksud 15hb Syaaban. Tarikh ini merupakan tarikh yang mulia di kalangan umat Islam. Mengikut amalan masyarakat setempat di Malaysia, pada malam nisfu Syaaban ini akan dibacakan surah Yaasiin sebanyak 3 kali dengan hajat masing-masing.
Di dalam Islam, berpuasa pada 15 Syaaban ini adalah merupakan amalan yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Walaubagaimanapun, menurut ahli Hadis, Rasulullah s.a.w. ingin sekali melakukan amalan berpuasa ini.
Hadis yang masyhur yang kita sentiasa dengar ialah yang menyatakan bahawa apabila Rasulullah mengetahui bahawa amalan golongan Yahudi dan Nasrani pada Nisfu Syaaban adalah berpuasa, maka Rasulullah s.a.w. membenarkan umat Islam pada ketika itu untuk turut sama berpuasa pada tarikh ini bahkan Umat Islam lebih-lebih lagi layak untuk berpuasa pada tarikh ini. Akan tetapi Rasulullah menambah lagi, untuk membezakan amalan umat Islam dengan amalan golongan Yahudi ini, maka jika ingin berpuasa pada 15 Syaaban, perlu juga berpuasa sama ada pada 16 Syaaban atau 14 Syaaban.
Maksudnya, umat Islam di dalam berpuasa pada 15 Syaaban ini, perlu berpuasa selama 2 hari.
Malam Nisfu Syaaban juga adalah merupakan di antara 5 malam yang Allah buka hijab dengan maksud bahawa pada malan ini adalah merupakan malam yang mana Allah menerima doa hamba-hambaNya secara terus.
Hari ini...
Arkib Artikel
Profil Penulis
- WaN_IkRaM
- Md Azzaat Ahsanie Lokman... Berasal dari Kelantan Darul Naim...Dilahirkan di Melaka akan tetapi menetap di Segamat, Johor...Anak sulung dari 4 orang adik beradik ini masih menuntut di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, di dalam bidang Syariah Fiqh & Usul, tahap terakhir (tahun 3).
Renungan Bersama :
Rasulullah SAW bersabda :
"Takutkanlah ghibah (mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah (mengumpat) sebelum orang yang diumpat itu memaafkannya”